Walaupun begitu kita tidak seharusnya termenung mengenangkan nasik tapi seharusnya kita memandang ke hadapan dan mencari jalan bagaimana untuk kita mengubah nasib kita demi menjayakan cita2 kita sehingga berjaya. Apa2 pun yang penting ialah jangan mudah putus asa dan cari jalan penyelesaian walaupun kita terpaksa bersusah payah dahulu. Rata2 kita tahu yang ekonimi sekarang ini bukan lah masa yang terbaik untuk kita tapi harapan saya kepada rakan2 semua supaya dapat bertahan dan cari jalan yang terbaik untuk kita berjaya!!!!
Di sini saya sertakan gambar Mesin Membuat makanan Ikan(Pallet) untuk rakan2 bantu saya mendapatkan sebutharga untuk mesin ini. Puas dah saya mencari tapi ada yang kata kene import dari Korea, ada yang cakap kene beli dari China dan ada juga yang cakap ada di Malaysia. Harap kepada rakan2 yang tahu mengenai kedua2 alat ini supaya dapat memberitahu saya supaya saya dapatkan sebutharga untuk tujuan Loan dan sebagainya.... Kertas kerja untuk pembinaan sebuah kilang pembuatan makanan ikan sudah saya siapkan dan hanya Sebutharga Mesin ini sahaja yang membantutkan usaha saya ini. Bila dah ada Mesin boleh la buat makanan sendiri dan insyallah dapat kurangkan kos dan boleh la kengkawan belajar dari saya pula....Insyallah. Apa2 pun yang penting kita harus saling bantu membantu dan saling bekerjasama sebagai satu pasukan untuk sama2 kita berjaya.....Insyallah...

Gambar Mesin membuat Pallet, Lengkap dengan pengadun bahan serta Pembentukkan Pallet.

Oven, Tempat pengeringan Pallet yang baru diproses.



Sedikit tip untuk rakan2 yang baru nak menceburi diri dalam bidang penternakkan keli nie supaya ambil peluang untuk menimba ilmu dahulu supaya kita bersedia kerana bukan senang nak handle keli ini jika kita tidak mempunyai ilmu yang cukup. Dari segi modal, penjagaan serta pemakanan juga kita harus mengambil peluang mengikuti kursus yang tersedia diluar sana supaya kita bebetul memahami serta bersedia. Apa2 pun jika kengkawan ader masalah atau mahu berkongsi pengalaman dengan saya, Call je saya dan kita boleh berbincang. Jika ada yang boleh saya bantu dengan senang hatinya saya bantu berdasarkan pengalaman saya....yang penting kita minat serta jangan mudah putus asa untuk mencuba kerana kejayaan itu akan datang juga sekiranya kita tidak jemu2 mencuba.....insyallah.


